• Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Tiada bahan dalam koleksiperpustakaan anda?
BERKONGSI SUMBER PERPUSTAKAAN


Apa Itu Pembekalan Penerbitan Ilmiah Untuk Perpustakaan & Institusi ?

Perkhidmatan Pembekalan Penerbitan adalah perkhidmatan di mana perpustakaan dan institusi luar boleh membuat permohonan untuk meminjam buku atau menerima dokumen dari Perpustakaan Universiti Malaya. Perkhidmatan ini ditawarkan melalui perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) (buku) dan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (artikel jurnal, bab buku dan kertas kerja persidangan).


Siapa Boleh Memohon ?

  • Ahli Persidangan Perpustakaan Universiti Dan Perpustakaan Negara Malaysia (PERPUN)
  • Ahli Sistem Pembekalan Penerbitan Perpustakaan UM (SPP UM)

Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)

Hampir setiap bahan di rak kami tersedia untuk pinjaman kecuali:

  • Jurnal Kini, Berjilid dan Tidak Berjilid dan Suratkhabar
  • Koleksi Rujukan
  • Koleksi Teras Akademik
  • Koleksi Nadir
  • Mikrofom
  • Koleksi Bahan Bacaan Bebas
  • Tesis dan Latihan Ilimiah
  • Bahan Media
  • Cakera Keras

Had Dan Tempoh Pinjaman

10 buku selama 30 hari (PERPUN) / 14 hari (SPP UM)


Perkhidmatan Pembekalan Dokuman (PD)

Salinan artikel jurnal, bab buku atau kertas persidangan dalam koleksi Perpustakaan.


Perisytiharan Hak Cipta​

Semua permohonan perlu mematuhi serta tertakluk kepada undang-undang hak cipta Malaysia. Undang-undang hak cipta Malaysia (Akta Hak Cipta (Akta (332) mengawal hak cipta dan pengeluaran lain bahan berhak cipta.


HUBUNGI

Jane

Aruna J.E Thambidorai

Pustakawan Kanan
No.Tel: +60379673357
Email: aruna@um.edu.my

Mike

Faridah Salleh

Penolong Pustakawan
No.Tel: +60379673503
Email: faridahsalleh@um.edu.my

Last Update: 01/04/2024