• Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Lawat Perpustakaan
KELAYAKAN PELAWAT & SUMBER 


Sertai Kami Sebagai Ahli Luar Perpustakaan

 

Semua graduan Universiti Malaya boleh mendaftar sebagai Ahli Alumni perpustakaan. Tempoh keahlian adalah selama 1 tahun (12 bulan) bermula dari tarikh pendaftaran keahlian sehingga tahun berikutnya. Notis pembaharuan akan dihantar melalui e-mel dalam tepoh sebulan sebelum tamat tempoh keahlian.

KATEGORI KEAHLIAN:

Rujukan sahaja

  • Yuran keahlian: Percuma
  • Kad keahlian : RM20.00
 

Pinjaman 2 buku ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )

  • Tempoh pinjaman : 30 hari
  • Yuran keahlian : RM200.00
  • Kad keahlian : RM20.00
 

Pinjaman 4 buku ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )

  • Tempoh pinjaman : 30 hari
  • Yuran keahlian : RM400.00
  • Kad keahlian : RM20.00
 

AKSES PANGKALAN DATA

  • Akses percuma kepada Alumni berdaftar. Pangkalan data atas talian yang dilanggan oleh perpustakaan hanya boleh diakses di dalam premis perpustakaan sahaja. (*Kajian semula yuran telah dilaksanakan pada 26 Februari 2020)
 
 

Keahlian terbuka kepada graduan luar – Staf dan pelajar dari institusi swasta.
Tempoh keahlian adalah 1 tahun ( 12 bulan) daripada tarikh pendaftaran dan tamat tempoh pada tahun berikutnya. Notis pembaharuan akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh sebulan sebelum tamat tempoh keahlian.

KATEGORI KEAHLIAN:

Rujukan sahaja

  • Yuran keahlian : RM100.00
  • Kad keahlian : RM20.00
 

Pinjaman 1 buku ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )

  • Tempoh pinjaman : 30 hari
  • Yuran keahlian : RM200.00
  • Kad keahlian : RM20.00
 

Pinjaman 2 buku ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )

  • Tempoh pinjaman : 30 hari
  • Yuran keahlian : RM400.00
  • Kad keahlian : RM20.00
 

AKSES PANGKALAN DATA

  • Pangkalan data atas talian yang dilanggan oleh perpustakaan hanya boleh diakses di dalam premis perpustakaan dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00 / jam (*Kajian semula yuran telah dilaksanakan pada 26 Februari 2020)
 
 

Keahlian Korporat tidak dibuka di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus
Keahlian terbuka kepada institusi sahaja. Tempoh keahlian adalah selama 1 tahun (12 bulan) bermula dari tarikh pendaftaran sehingga tahun berikutnya. Notis pembaharuan keahlian akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh sebulan sebelum tamat tempoh keahlian.

PAKEJ KEAHLIAN KORPORAT

Kategori 1:

  • Jumlah buku : 2
  • Yuran tahunan keahlian : RM2000.00
  • Kad keahlian/setahun (3 kad): RM60.00
  • Tempoh pinjaman : 30 hari
 

Kategori 2:

  • Jumlah buku : 4
  • Yuran tahunan keahlian : RM4000.00
  • Kad keahlian/setahun (3 kad): RM60.00
  • Tempoh pinjaman : 30 Hari
    • AKSES PANGKALAN DATA: Pangkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan hanya boleh diakses di dalam premis perpustakaan sahaja.
    • Perkhidmatan Hab Pembekalan Penerbitan Ilmiah (Salinan Dokumen) : Diskaun 20%
 
 

Keahlian seumur hidup terbuka kepada semua pesara Universiti Malaya.

PAKEJ KEAHLIAN SEUMUR HIDUP:

  • Yuran keahlian : RM100.00
  • Kad keahlian: RM20.00
  • Jumlah buku : 4 ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )
  • Tempoh pinjaman : 30 hari
  • AKSES PANGKALAN DATA: Dalam kampus dan luar kampus
 
 

Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) [B. Juris (Eksternal)] adalah suatu ijazah akademik dan tidak termasuk pengajian kursus prosedur dan amali. Ijazah ini diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia sebagai melayakkan pemegang ijazah untuk mengambil Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

PAKEJ KEAHLIAN PERPUSTAKAAN :

  • Pelajar program ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) dibenarkan mengguna Perpustakaan Undang-Undang Universiti Malaya untuk mendapatkan maklumat serta kemudahan yang disediakan di perpustakaan.
  • Yuran tahunan keahlian : RM100.00 (Keahlian perpustakaan hanya akan diperbaharui setelah pelajar membuat pembayaran keahlian perpustakaan.)
  • AKSES PANGKALAN DATA ATAS TALIAN: Dalam kampus dan luar kampus. (Akses pangkalan data atas talian akan disekat sekiranya tamat tempoh keahlian perpustakaan)
 
 

Akses sementara diberi kepada pelajar Ijazah Tinggi penyelidikan yang masih di dalam penilaian dan perlu membuat pembetulan penulisan ( telah tamat tempoh keahlian perpustakaan).

  • Yuran keahlian : RM100.00 / semester (Tiada kelayakan pinjaman bahan perpustakaan)
  • AKSES PANGKALAN DATA ATAS TALIAN: Akses dalam dan luar kampus
 
 

Keahlian perpustakaan terbuka kepada senarai berikut ( mendapat kelulusan bertulis daripada Pustakawan) :-

  • Pembantu penyelidik sementara staf akademik Universiti Malaya.
  • Pensyarah pelawat dan penyelidik.
  • Pegawai kerajaan yang sedang menjalankan penyelidikan

Akses Harian Orang Awam


Bayaran sebanyak RM20.00 akan dikenakan kepada pelawat harian perpustakaan. Namun begitu perpustakaan boleh membenarkan individu atau pihak  yang berkenaan menggunakan perpustakaan tanpa bayaran.

 

Lawatan Kumpulan & Pelajar - Perpustakaan Utama Sahaja


Perpustakaan mengalu-alukan lawatan daripada pelajar sekolah. Lawatan berpandu disarankan kepada pelajar sekolah/kolej dan universiti sahaja. Lawatan berpandu hanyalah pada waktu bekerja sahaja selama 45 minit sehingga 1 jam.


HARI SESI
SESI 1 SES1 2
Isnin - Khamis 9.00 AM - 1.00 PM 3.00 PM - 5.00 PM
Jumaat 9.00 AM - 12.00 PM 3.00 PM - 5.00 PM
Kumpulan yang berminat untuk menyertai lawatan berpandu perpustakan perlu membuat tempahan awal. Lawatan akan disusun mengikut jadual yang telah ditetapkan. Peserta perlu tiba 15 minit sebelum waktu lawatan untuk memastikan urusan lawatan berjalan dengan lancar.


Last Update: 12/10/2022