• Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Keeping you in touch and connected
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN UNTUK PELAJAR KELAINAN UPAYA

  We Care, We Share

Peluang yang sama rata dalam mengakses maklumat dan penyediaan sumber maklumat merupakan salah satu aspek utama Perpustakaan bagi menyediakan perkhidmatan yang baik kepada warga Universiti Malaya. Perpustakaan telah mengambil langkah inisiatif bagi menaik taraf beberapa kemudahan untuk pengguna kurang upaya (OKU) bagi memastikan mereka boleh menggunakan perpustakaan untuk mengakses maklumat dengan mudah. Kemudahan untuk pengguna OKU disediakan di Perpustakaan Utama



Penggunaan Koleksi

Pengguna OKU boleh membuat pinjaman sehingga 20 bahan pada satu masa. Pinjaman koleksi bacaan bebas boleh dipinjam sehingga 30 hari dan kami juga menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan buku-buku dari rak atas permintaan pengguna. Selain daripada itu, pengguna OKU juga boleh membuat pinjaman koleksi tesis dan disertasi.


Bilik Karel Khas

Terdapat lebih daripada 30 bilik karel untuk digunakan oleh pelajar OKU sepanjang mereka menjadi pelajar di UM. Kemudahan asas seperti meja, kerusi, plug elektrik dan wifi percuma juga disediakan di dalam bilik karel tersebut.



Butang Braille di dalam Lif

Perpustakaan komited untuk memastikan lif boleh diakses oleh pengguna OKU (cacat secara fizikal dan cacat penglihatan) dengan menaiktaraf lif dengan butang Braille. Sistem suara automatik untuk setiap aras juga membantu pengguna OKU terutamanya yang mengalami gangguan visual untuk mengenalpasti aras yang dituju.


Makmal Komputer S

Makmal komputer khas disediakan untuk pelajar OKU bagi tujuan mengakses internet di perpustakaan. Kemudahan ini adalah percuma dan mudah diakses oleh pengguna cacat fizikal dan cacat penglihatan kerana lokasi makmal komputer berada di aras 1 di Perpustakaan Utama. Perpustakaan telah menyediakan “braille embosser” bagi pengguna cacat penglihatan untuk menggunakannya.

Di samping itu, perisian Jaws juga telah dipasang pada komputer yang terdapat di dalam Makmal S. Perisian Jaws adalah penggunaan perisian khas oleh pengguna cacat penglihatan untuk mengakses komputer. Perpustakaan juga telah melatih para Pustakawan terpilih untuk menggunakan perisian tersebut. Pengguna OKU boleh membawa komputer riba atau tablet mereka untuk digunakan dalam makmal ini. Pustakawan juga menggunakan makmal ini untuk mengajar kelas Kemahiran Maklumat untuk pelajar OKU Ijazah Dasar dan Pascasiswazah.



Akses ke Perpustakaan - Track and Ramp

Pada masa ini terdapat jalan untuk pengguna berkerusi roda untuk memasuki perpustakaan. Terdapat juga laluan berpandu untuk pelajar OKU dari kolej ke-7 ke Perpustakaan Utama kerana kebanyakan pelajar kurang upaya menetap di kolej ke-7. Laluan berpandu ini membantu pelajar OKU terutamanya mereka yang mengalami masalah penglihatan.


Tandas Mesra OKU

Tandas yang mudah diakses dan mesra OKU direka khas di Perpustakaan Utama untuk kemudahan pengguna yang kurang upaya


Pembaca Sukarelawan

Kami menjemput anda untuk menjadi pembaca sukarelawan untuk pelajar OKU bagi menggalakkan tabiat membaca dan memberi peluang kepada orang cacat penglihatan untuk menikmati perkhidmatan perpustakaan. Bagi mereka yang berminat, anda boleh menghubungi:

En. Muhammad Firdaus Abu Hassan
No Telefon: 03-79673430
E-mel: firdaus_hassan@um.edu.my


Tempat Letak Kereta Khas

Terdapat 2 tempat letak kereta khas yang disediakan untuk pengguna OKU. Kad akses akan diberikan atas permintaan.


Jane

Aruna J.E Thambidorai

Jawatan: Pustakawan Kanan
E-mail: aruna@um.edu.my
Phone.No: +60379673357

Perlu Bantuan ?

Anda boleh menghubungi Cik Aruna untuk menempah bilik karel, mengambil buku dari rak atau pertanyaan yang berkaitan keperluan pelajar kelainan upaya.

Last Update: 24/05/2022