• Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Semak apa yang kami ada untuk anda




Kelayakan Pinjaman

  • Koleksi rak terbuka boleh dipinjam oleh semua pengguna berdaftar perpustakaan tertakluk pada polisi pinjaman.
  • Koleksi Rujukan, Jurnal dan koleksi tertutup tidak boleh dipinjam.
  • Kaunter perkhidmatan menyediakan perkhidmatan pinjaman, pemulangan, pembaharuan dan tempahan bahan.
  • Tempoh pinjaman bahan dari Koleksi Teras Akademik ialah selama 7 hari / 1 buku untuk pelajar dan staf Universiti Malaya.
  • Semua bahan di Perpustakaan Peringatan Za'ba tidak boleh dipinjam keluar dari premis perpustakaan. Hanya untuk rujukan dalaman sahaja.
  • Bahan dari Koleksi Rujukan tidak boleh dipinjam kecuali keperluan mendesak daripada staf akademik sahaja.
  • Perpustakaan berhak memanggil semula buku yang telah dipinjam selepas 2 minggu di atas keperluan pejabat.



Polisi Pinjaman

Rujuk Jadual Kelayakan Pinjaman utuk maklumat lanjut tentang polisi pinjaman. Jadual ini terpakai di perpustakaan Utama. Rujuk polisi dan kelayakan pinjaman di Perpustakaan cawangan dan khusus.

Kategori KeahlianKoleksi Rak TerbukaKoleksi Teras AkademikKoleksi Bacaan BebasDenda Lewat Pemulangan Bahan
 STAF
PELAJAR
LAIN-LAIN
KEAHLIAN LUAR
Staf Akademik (Sepenuh masa / Sementara)60 bahan / 60 hari1 bahan / 7 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Bahan koleksi rak terbuka)
Staf Akademik (Kontrak / Pelawat)35 bahan / 60 hari1 bahan / 7 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Bahan koleksi rak terbuka)
Staf Akademik (Sementara)15 bahan / 60 hari1 bahan / 7 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Bahan koleksi rak terbuka)
Staf Pentadbiran dan Profesional35 bahan / 60 hari1 bahan / 7 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Bahan koleksi rak terbuka)
Staf Am14 bahan / 60 hari1 bahan / 7 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Bahan koleksi rak terbuka)
Ijazah Dasar20 bahan / 30 hari1 bahan / 7 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Koleksi rak terbuka)
Ijazah Dasar (Tahun Akhir)25 bahan / 30 hari1 bahan / 7 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Koleksi rak terbuka)
Diploma20 items/ 30 days1 item/ 7 days2 items/ 14 daysRM0.50 per day (open shelf books)
Ijazah Tinggi - PhD/ Sarjana30 bahan / 30 hari1 bahan / 7 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Koleksi rak terbuka)
Penyelidik (Mempunyai No.Gaji & dilantik oleh BSM)30 bahan / 60 hari1 bahan / 7 hari 2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Koleksi rak terbuka)
Pelajar Program Pertukaran (Melebihi tempoh 6 bulan)12 bahan / 30 hari1 bahan / 7 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Koleksi rak terbuka)
UMCCED (Sepenuh masa sahaja)20 bahan / 30 hari1 bahan / 7 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Koleks rak terbuka)
Alumni/Bukan Alumni (Deposit)2 or 4 bahan tertakluk kepada kategori keahlian luar / 14 hari1 bahan / 3 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Koleksi rak terbuka)
Profesor Emeritus (UM)20 bahan / 90 hari1 bahan / 7 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Koleksi rak terbuka)
Pesara UM4 bahan / 30 hari1 bahan / 7 hari2 bahan / 14 hariRM0.50 per hari (Koleksi rak terbuka)









Peraturan Pinjaman

  • Akses kepada A-Z Online Databases di dalam dan luar kampus adalah terhad kepada staf UM dan pelajar. Ahli luar dan orang awam boleh mengakses e-sumber di dalam premis perpustakaan dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.
  • Akses dan kelayakan pinjaman tidak boleh dipindah milik. Peminjam tidak dibenarkan membuat pinjaman atau pembaharuan bahan untuk pihak ketiga.
  • Ahli perpustakaan yang membuat pinjaman bahan perlu menyerahkan kad kampus/kad keahlian dikaunter perkhidmatan ataupun memasukkan PIN untuk membuat pinjaman menggunakan mesin layan diri. Sila laporkan kepada perpustakaan dan pihak keselamatan sekiranya anda kehilangan kad kampus/kad keahlian.




Pembaharuan Pinjaman

Peminjaman koleksi rak terbuka boleh diperbaharui sebanyak tiga (3) kali dengan syarat bahan tidak ditempah oleh pengguna lain.  Pembaharuan bahan boleh dibuat melalui e-mel, panggilan telefon atau melalui My Account. Lihat tutorial pembaharuan bahan melalui My Account.


Perkhidmatan Pengambilan Buku (PPB)

Perkhidmatan Pengambilan Buku membolehkan ahli berdaftar Perpustakaan UM untuk membuat permohonan dan mengambil bahan yang tersedia dari koleksi Perpustakaan UM. Perkhidmatan ini khas untuk bahan yang disenaraikan sebagai "Open Shelf" dalam sistem katalog perpustakaan dalam talian yang boleh diakses di laman web Pendeta. Ahli boleh mengambil bahan yang dipohon di Kaunter Perkhidmatan yang ditetapkan

Boleh klik di sini untuk mengisi borang atas talian.




Tempahan Bahan

Buku yang sedang dalam pinjaman boleh ditempah oleh pengguna lain dengan syarat buku tersebut tidak termasuk dalam koleksi yang dibeli menggunakan peruntukan penyelidikan dan sedang digunakan untuk penyelidikan. Tempahan bahan boleh dibuat di kaunter perkhidmatan. Tempahan atas talian juga boleh dibuat melalui My Account.  Lihat tutorial tempahan bahan melalui My Account.


Pencarian bahan

Perkhidmatan ini disediakan sekiranya bahan perpustakaan tidak dijumpai dan tidak dipinjam. Sila rujuk staf perpustakaan yang bertugas di meja rujukan dan isi borang pencarian bahan perpustakaan (kad hijau). Tempoh pencarian bahan adalah selama 3 hari. Pemohon akan dimaklumkan status pencarian bahan melalui e-mel atau panggilan telefon. Buku yang telah dijumpai akan masukkan ke dalam akaun perpustakaan pemohon sebagai tempahan sedia diambil untuk pinjaman.


Denda Lewat

Kaedah Pembayaran Denda? Klik Di Sini

  




KategoriKadar Denda Lewat

Koleksi Rak TerbukaKoleksi Teras Akademik
Semua pelajarRM0.50 / hariRM0.50 / hari
Staf Akademik, Staf Pentadbiran, Ahli LuarRM0.50 / hariRM0.50 / hari
PelawatTiada Pinjaman


Pengguna yang dikenakan denda lewat pemulangan buku boleh mengemukakan rayuan pengurangan denda tertakluk kepada syarat berikut:

1. Rayuan mesti dibuat secara bertulis dengan alasan yang munasabah.
2. Jumlah denda mesti melebihi RM50.00 bagi pelajar dan RM100.00 bagi staf dan lain-lain kategori keahlian.
3. Kelulusan rayuan hanya boleh diberi SEKALI sahaja.



Kadar Bayaran Bahan Perpustakaan Yang Tidak Dipulangkan

Kehilangan bahan perpustakaan atau bahan perpustakaan yang tidak dipulangkan sebelum atau pada tamat tempoh keahlian perpustakaan adalah menjadi tanggungjawab peminjam. Peminjam dikehendaki untuk menggantikan bahan atau membayar 2 kali ganda kos penggantian bahan ( berdasarkan kos terkini pasaran) atau tertakluk kepada kadar minimum RM50.00/ 1 bahan untuk penerbitan tempatan dan RM120.00/ 1 bahan untuk penerbitan luar negara atau nilai yang lebih tinggi.


Notifikasi

Kami akan membantu anda untuk menjejak rekod pinjaman atau bahan yang diminta. E-mel yang dihantar tidak perlu diberi maklumbalas kerana ia dijana secara automatik oleh sistem perpustakaan. E-mel yang dihantar hanyalah sebagai peringatan. Oleh itu sekiranya anda tidak menerima e-mel, ia tidak boleh dijadikan sebab-sebab untuk tidak memulangkan bahan yang dipinjam mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan tidak mengecualikan anda daripada membayar denda lewat. E-mel notifikasi akan dihantar kepada alamat e-mel yang didaftarkan di dalam sistem perpustakaan.

  




NotisEmail akan dihantar kepada peminjam apabila :Tarikh Email Di hantar
Notis PeringatanYour borrowed items are due soon.
Please ensure the items are renewed or return on time to avoid overdue charges.
6 hari sebelum tamat tarikh pinjaman
1st Overdue NoticeThe library materials are overdue.
Please return them.
1 hari selepas tamat tarikh pinjaman
2nd Overdue NoticeThe library materials are still overdue even though a notice was sent to bring your attention.
Overdue charges continuing to accrue. Please return the materials and pay the fines associated with this items.
7 hari selepas tamat tarikh pinjaman
E-mail AlertIf the library materials are still overdue after all the automatic Alert Notice & Overdue Notices sent to bring your attentionDalam tempoh 60 hari selepas tamat tarikh pinjaman
Claimed NoticeThe library materials are still not returned after we sent you an overdue materials email alertDalam tempoh 60 hari selepas tamat tarikh pinjaman


Pelajar yang tidak memulangkan bahan atau membayar denda lewat sehingga tamat pengajian akan dikenakan tindakan dan tidak dibenarkan menghadiri majlis graduasi. Potongan gaji pula akan dilaksanakan kepada staf Universiti Malaya selepas tamat tempoh perkhidmatan.



HUBUNGI

 

Jane


Mohammed Zaki Abd Rahman

Penolong Ketua Pustakawan 
No.Tel: +60379676516
Email:mzaki@um.edu.my

Mike


Ulya Sujak

 

Pustakawan Kanan
No.Tel: +60379673357
Email:ulya@um.edu.my

John


Noraslinda Hj. Sanusi

 

Penolong Ketua Pustakawan
No.Tel: +60379677782
Email:linda@um.edu.my

Last Update: 14/07/2026