• Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Sertai Kami !
KEAHLIAN PERPUSTAKAAN


Keahlian Dalaman Perpustakaan

Hanya pelajar yang  berdaftar sahaja akan didaftarkan ke dalam sistem perpustakaan secara automatik manakala kategori keahlian dalaman yang lain perlu mendaftar secara manual. 


Kategori Keahlian Dalaman

  • Tenaga pengajar Universiti Malaya sepenuh masa dan separuh masa
  • Semua pelajar Universiti yang berdaftar
  • Pelajar Pertukaran
  • Staf bukan akademik Universiti Malaya
  • Pembantu Penyelidik
  • Staf sokongan Universiti Malaya
  • Ahli Majlis dan Jawatankuasa Universiti Malaya


Sertai Kami Sebagai Ahli Luar Perpustakaan

 

Semua graduan Universiti Malaya boleh mendaftar sebagai Ahli Alumni perpustakaan. Tempoh keahlian adalah selama 1 tahun (12 bulan) bermula dari tarikh pendaftaran keahlian sehingga tahun berikutnya. Notis pembaharuan akan dihantar melalui e-mel dalam tepoh sebulan sebelum tamat tempoh keahlian.

KATEGORI KEAHLIAN:

Rujukan sahaja

  • Yuran keahlian: Percuma
  • Kad keahlian : RM20.00
 

Pinjaman 2 buku ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )

  • Tempoh pinjaman : 30 hari
  • Yuran keahlian : RM200.00
  • Kad keahlian : RM20.00
 

Pinjaman 4 buku ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )

  • Tempoh pinjaman : 30 hari
  • Yuran keahlian : RM400.00
  • Kad keahlian : RM20.00
 

AKSES PANGKALAN DATA

  • Akses percuma kepada Alumni berdaftar. Pangkalan data atas talian yang dilanggan oleh perpustakaan hanya boleh diakses di dalam premis perpustakaan sahaja. (*Kajian semula yuran telah dilaksanakan pada 26 Februari 2020)
 
 

Keahlian terbuka kepada graduan luar – Staf dan pelajar dari institusi swasta.
Tempoh keahlian adalah 1 tahun ( 12 bulan) daripada tarikh pendaftaran dan tamat tempoh pada tahun berikutnya. Notis pembaharuan akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh sebulan sebelum tamat tempoh keahlian.

KATEGORI KEAHLIAN:

Rujukan sahaja

  • Yuran keahlian : RM100.00
  • Kad keahlian : RM20.00
 

Pinjaman 1 buku ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )

  • Tempoh pinjaman : 30 hari
  • Yuran keahlian : RM200.00
  • Kad keahlian : RM20.00
 

Pinjaman 2 buku ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )

  • Tempoh pinjaman : 30 hari
  • Yuran keahlian : RM400.00
  • Kad keahlian : RM20.00
 

AKSES PANGKALAN DATA

  • Pangkalan data atas talian yang dilanggan oleh perpustakaan hanya boleh diakses di dalam premis perpustakaan dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00 / jam (*Kajian semula yuran telah dilaksanakan pada 26 Februari 2020)
 
 

Keahlian Korporat tidak dibuka di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus
Keahlian terbuka kepada institusi sahaja. Tempoh keahlian adalah selama 1 tahun (12 bulan) bermula dari tarikh pendaftaran sehingga tahun berikutnya. Notis pembaharuan keahlian akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh sebulan sebelum tamat tempoh keahlian.

PAKEJ KEAHLIAN KORPORAT

Kategori 1:

  • Jumlah buku : 2
  • Yuran tahunan keahlian : RM2000.00
  • Kad keahlian/setahun (3 kad): RM60.00
  • Tempoh pinjaman : 30 hari
 

Kategori 2:

  • Jumlah buku : 4
  • Yuran tahunan keahlian : RM4000.00
  • Kad keahlian/setahun (3 kad): RM60.00
  • Tempoh pinjaman : 30 Hari
    • AKSES PANGKALAN DATA: Pangkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan hanya boleh diakses di dalam premis perpustakaan sahaja.
    • Perkhidmatan Hab Pembekalan Penerbitan Ilmiah (Salinan Dokumen) : Diskaun 20%
 
 

Keahlian seumur hidup terbuka kepada semua pesara Universiti Malaya.

PAKEJ KEAHLIAN SEUMUR HIDUP:

  • Yuran keahlian : RM100.00
  • Kad keahlian: RM20.00
  • Jumlah buku : 4 ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )
  • Tempoh pinjaman : 30 hari
  • AKSES PANGKALAN DATA: Dalam kampus dan luar kampus
 
 

Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) [B. Juris (Eksternal)] adalah suatu ijazah akademik dan tidak termasuk pengajian kursus prosedur dan amali. Ijazah ini diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia sebagai melayakkan pemegang ijazah untuk mengambil Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

PAKEJ KEAHLIAN PERPUSTAKAAN :

  • Pelajar program ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) dibenarkan mengguna Perpustakaan Undang-Undang Universiti Malaya untuk mendapatkan maklumat serta kemudahan yang disediakan di perpustakaan.
  • Yuran tahunan keahlian : RM100.00 (Keahlian perpustakaan hanya akan diperbaharui setelah pelajar membuat pembayaran keahlian perpustakaan.)
  • AKSES PANGKALAN DATA ATAS TALIAN: Dalam kampus dan luar kampus. (Akses pangkalan data atas talian akan disekat sekiranya tamat tempoh keahlian perpustakaan)
 
 

Pendaftaran keahlian perpustakaan untuk kakitangan PPUM sahaja. Sila daftar dengan kami untuk menjadi ahli kami secara rasmi untuk menikmati perkhidmatan dalam talian dan luar talian serta kemudahan yang kami tawarkan!

Permohonan akan diproses dalam 3 hari bekerja. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel rizar@um.edu.my atau hubungi; 03-79674961

 
 

Akses sementara diberi kepada pelajar Ijazah Tinggi penyelidikan yang masih di dalam penilaian dan perlu membuat pembetulan penulisan ( telah tamat tempoh keahlian perpustakaan).

  • Yuran keahlian : RM100.00 / semester (Tiada kelayakan pinjaman bahan perpustakaan)
  • AKSES PANGKALAN DATA ATAS TALIAN: Akses dalam dan luar kampus
 
 

Keahlian perpustakaan terbuka kepada senarai berikut ( mendapat kelulusan bertulis daripada Pustakawan) :-

  • Pembantu penyelidik sementara staf akademik Universiti Malaya.
  • Pensyarah pelawat dan penyelidik.
  • Pegawai kerajaan yang sedang menjalankan penyelidikan

Prosedur Pendaftaran

  • Anda perlu datang ke perpustakaan yang berkenaan ( Perpustakaan Utama, Perpustakaan Perubatan, Perpustakaan Undang-undang). Pendaftaran dalam talian masih belum tersedia.
  • Sertakan 2 keping gambar berukuran pasport. Sila lampirkan kad pesara (keahlian Pesara UM), Surat pengesahan majikan atau salinan sijil akademik (Keahlian umum), Salinan sijil akademik daripada UM untuk keahlian Alumni..
  • Kami akan memproses permohonan anda. Pembayaran dibuat selepas permohonan diluluskan. Pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel / panggilan telefon.
  • Kami akan menghubungi anda apabila kad keahlian sedia untuk diambil !

Kaedah Pembayaran

  • E-PAYMENT CREDIT CARD: Epay.um.edu.my




HUBUNGI

Jane

Mohammed Zaki Abd Rahman

Pustakawan Kanan
No.Tel: +60379676516
Email: mzaki@um.edu.my

Mike

Noor Hasanah Mohd Hanafi

 

Pustakawan Kanan
No.Tel: +60379673357
Email: mnoorhasanah@um.edu.my

John

Mohd Rizar Mosbah

 

Pustakawan Kanan
Tel.No: +60379674961
Email: rizar@um.edu.my

Last Update: 14/02/2024