• Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Perpustakaan boleh digunakan oleh Ahli Lembaga Universiti, kakitangan Universiti, pelajar Universiti yang berdaftar, Alumni dan pihak yang terlibat dalam penyelidikan khas yang mana permohonan bertulis haruslah dibuat kepada pihak Perpustakaan bagi mendapatkan persetujuan Pustakawan.

Sesiapa pun tidak dibenarkan meminjam mana-mana buku, atau barang dan harta benda perpustakaan sehingga buku atau barang tersebut dikeluarkan oleh anggota staf perpustakaan itu sendiri.

Ahli perpustakaan yang berdaftar dibenarkan membuat peminjaman buku namun ianya tertakluk kepada syarat bahawa ia akan dikembalikan sekaligus sekiranya dipanggil oleh Pustakawan untuk pengguna lain.

Kelayakan setiap kategori pengguna berdaftar dan kelayakan buku pinjaman adalah ditentukan oleh Jawatankuasa Perpustakaan.

Bagi bukan ahli Universiti, permohonan untuk meminjam haruslah mendapat persetujuan daripada Perpustakaan dan peminjaman hanya dibenarkan setelah pembayaran yuran dan deposit diselesaikan.

Denda akan dikenakan terhadap semua ahli Perpustakaan yang gagal mengembalikan buku atau barang lain dalam masa yang ditetapkan. Denda ditentukan oleh Jawatankuasa Perpustakaan. Sekiranya denda melebihi jumlah maksimum yang ditentukan, penangguhan semua hak pinjaman akan dilaksanakan secara automatik.

Semua ahli Perpustakaan, termasuk staf akademik, mesti mengembalikan buku ke Perpustakaan sebaik sahaja mereka menerima pemberitahuan bertulis daripada Pustakawan

Peminjam bertanggungjawab atas segala permasalahan yang belaku terhadap buku yang dipinjam seperti kerosakan, kecacatan dan kehilangan dengan cara membayar kos penggantian buku tersebut.

Peminjam yang menghilangku buku yang dipinjam akan diminta untuk menggantikan buku tersebut: atau membayar dua kali kos penggantian buku tersebut, dan dikenakan minimum RM50.00 untuk cetakan tempatan dan RM80.00 untuk cetakan asing / luar negara (RM150.00 untuk buku sains dan teknologi).

Pustakawan boleh meminjamkan bahan ke Perpustakaan lain untuk jangka masa tidak melebihi satu bulan dan buku tersebut mestilah tidak diperlukan untuk kegunaan pengguna Universiti.

Buku rujukan dan koleksi siri (bound and unbound) hanya boleh dirujuk di dalam kawasan Perpustakaan sahaja. Ianya tidak boleh dibawa keluar dari Perpustakaan.

Semua ahli perpustakaan hendaklah mematuhi kod pakaian yang ditetapkan oleh Universiti.

Dilarang bercakap di dalam telefon di sekitar kawasan membaca.

Merokok, makan dan minum dilarang di dalam kawasan Perpustakaan.

Haiwan tidak dibenarkan dibawa ke Perpustakaan

Peraturan berkaitan penggunaan Koleksi Simpanan Akademik yang dituntut oleh pensyarah dan ditulis oleh Pustakawan telah dipaparkan di dalam Perpustakaan.

Pengguna perpustakaan yang berdaftar mesti menggunakan kad kampus berkod bar mereka untuk meminjam buku dari Perpustakaan.

Kanak-kanak tidak dibenarkan dibawa ke dalam Perpustakaan. Perpustakaan tidak dibuka untuk kanak-kanak di bawah usia 16 tahun. Peraturan ini tidak terpakai untuk Perpustakaan Utama kerana perpustakaan tersebut mempunyai kemudahan mesra kanak-kanak dan ianya tertakluk kepada terma dan syarat.

Last Update: 27/12/2021