• Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Perlukan judul baharu?
CADANGKAN JUDUL UNTUK KOLEKSI TERAS AKADEMIK

 

Koleksi Teras Akademik


Perpustakaan menyediakan bahan pengajaran untuk pensyarah.  Koleksi Teras Akademik ialah buku permintaan tinggi yang dipilih sebagai sebahagian daripada bacaan kursus dan biasanya disenaraikan dalam rangka kursus. Koleksi ini terletak di Aras 1 di belakang kaunter perkhidmatan.

Untuk meminjam bahan ini, bawa buku dan kad pengenalan pelajar anda ke mesin Pinjaman layan diri. Kakitangan perpustakaan dikaunter perkhidmatan akan memberi bantuan jika anda menghadapi sebarang masalah.

Pelajar boleh meminjam satu buku untuk seminggu ( 7 hari). Ia tidak boleh diperbaharui, tetapi boleh dipulangkan dan dipinjam semula. 

Buku mesti dipulangkan mengikut masa yang ditetapkan untuk mengelakkan pengenaan denda RM0.50 sehari untuk sebuah buku.


Perlukan bantuan?

Pensyarah boleh menghubungi Pustakawan Penghubung untuk mencadangkan tajuk baharu untuk pembelian. Pembelian tajuk baharu tertakluk kepada terma dan syarat.

Last Update: 27/12/2021