• Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Perlukan bahan ? Dapatkan dari kami
HAB PEMBEKALAN PENERBITAN ILMIAH​


Apa Itu Hab Pembekalan Penerbitan Ilmiah ?

Hab Pembekalan Penerbitan Ilmiah adalah perkhidmatan di mana pengguna luar boleh membuat permohonan untuk meminjam buku atau mendapatkan salinan dokumen dari Perpustakaan Universiti Malaya. Perkhidmatan berbayar ini ditawarkan melalui Perkhidmatan Pinjaman Buku dan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen kepada ahli berdaftar / tidak berdaftar. Kami membekalkan bahan-bahan akademik untuk keperluan penyelidikan anda. Koleksi kami terdiri daripada 1,208,646 monograf bercetak, 237,641 jurnal bercetak dan 456,585 judul mikrofom.

Bagaimana membuat pesanan ?


Siapa Boleh Mendaftar?

  • Institusi Swasta
  • Perpustakaan dan Pusat Maklumat Universiti & Kolej
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan
  • Firma Guaman
  • Organisasi Komersial dan Bukan Komersial
  • Penyelidik
  • Ahli Akademik
  • Pelajar
  • Orang Awam

Kami menawarkan :

Penghantaran Mudah Setiap Masa Atau Di Mana Sahaja Anda Memerlukannya

  • Buku
  • Salinan Artikel Jurnal
  • Salinan Kertas Kerja Persidangan
  • Salinan Bab Buku
  • Salinan Mikrofom
  • Salinan Kes atau Perundangan
  • Salinan Tesis/Disertasi/Latihan Ilmiah


Perkhidmatan Pinjaman Buku

Pinjaman Buku hanya di kalangan perpustakaan / institusi / pembiaya dengan akaun Prabayar Bekalan Penerbitan. 

Hampir setiap bahan di rak kami tersedia untuk pinjaman kepada organisasi komersil dan bukan komersial, kecuali:

  • Jurnal Kini, Berjilid dan Tidak Berjilid dan Suratkhabar
  • Koleksi Rujukan
  • Koleksi Teras Akademik
  • Koleksi Nadir
  • Mikrofom
  • Koleksi Bahan Bacaan Bebas
  • Tesis dan Latihan Ilimiah

Akaun Prabayar

Ia adalah pilihan perkhidmatan pembayaran yang lebih pantas dan mudah untuk mendapatkan perkhidmatan salinan dokumen dan pinjaman buku, selain daripada membayar dalam talian atau melalui invois. Perkhidmatan ini menawarkan pilihan pembayaran alternatif di mana perpustakaan / institusi atau pembiaya boleh membuka akaun dengan kami untuk mendepositkan wang pendahuluan dana pembekalan bahan pemohon.

Antarabangsa
Tempatan

Kadar Perkhidmatan Untuk Antarabangsa


Dokumen

Perkhidmatan Pantas
1 hari bekerja
Salinan: Artikel / Kertas kerja Persidangan / Bab Buku | USD 20.00
Salinan: Kes / Perundangan | USD 40.00
 Salinan: Mikrofom | USD 40.00

Caj Antarabangsa (USD)

Perkhidmatan Standard
3 - 5 hari bekerja
Salinan: Artikel / Kertas Kerja Persidangan / Bab Buku | USD 10.00
Salinan: Kes / Perundangan | USD 20.00
Salinan: Mikrofom | USD 20.00
Caj Antarabangsa (USD)

Buku

Perkhidmatan Pantas
1 hari bekerja
 Pinjaman | USD 35.00
Pembaharuan Pinjaman | USD 10.00
Yuran Pemprosesan | USD 10.00
Caj Antarabangsa (USD)

Perkhidmatan Standard
3 - 5 hari bekerja
 Pinjaman | USD 25.00
 Pembaharuan Pinjaman | USD 10.00
Yuran Pemprosesan | USD 10.00
Caj Antarabangsa (USD)

Kadar Perkhidmatan Untuk Tempatan


Dokumen

Perkhidmatan Pantas
1 hari bekerja
Salinan: Artikel / Kertas Kerja Persidangan / Bab Buku | RM 40.00
Salinan: Kes / Perundangan | RM 60.00
 Salinan: Mikrofom | tidak disediakan
Salinan: Tesis/Disertasi/Latihan Ilmiah | tidak disediakan

Perkhidmatan Standard
3 - 5 hari bekerja

Salinan: Artikel / Kertas Kerja Persidangan / Bab Buku | RM 20.00

 Salinan: Kes / Perundangan | RM 30.00
Salinan: Mikrofom | RM 40.00
Salinan: Tesis / Disertasi / Latihan Ilmiah | RM 150.00

Buku

Perkhidmatan Pantas
1 hari bekerja
Pinjaman | RM 60.00
Pembaharuan Pinjaman | RM 10.00
Yuran Pemprosesan | RM 10.00

Perkhidmatan Standard
3 - 5 hari bekerja
Pinjaman | RM 50.00
Pembaharuan Pinjaman | RM 10.00
Yuran Pemprosesan | RM 10.00

                                                   Kaedah Pembayaran


E-PAYMENT (CREDIT CARD / DEBIT CARD / FPX)

Epay.um.edu.my

Perisytiharan Hak Cipta


Semua permohonan perlu mematuhi serta tertakluk kepada undang-undang hak cipta Malaysia. Undang-undang hak cipta Malaysia (Akta Hak Cipta (Akta (332) mengawal hak cipta dan pengeluaran lain bahan berhak cipta.


E-MEL KAMI DI :  pub.supply@um.edu.my

Jane

Aruna J.E Thambidorai

Pustakawan Kanan
No.Tel: +60379673357

Mike

Faridah Salleh

Penolong Pustakawan
No.Tel: +60379673503


 

Last Update: 01/04/2024