• Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Tiada dalam koleksi perpustakaan?
BIAR KAMI BANTU ANDA


Apa Itu Perkhidmatan Pembekalan Penerbitan?

Perkhidmatan Pembekalan Penerbitan adalah perkhidmatan di mana pengguna boleh membuat permintaan untuk meminjam buku atau menerima dokumen dari perpustakaan lain apabila bahan yang diperlukan tiada dalam koleksi atau tidak dijumpai di Perpustakaan Universiti Malaya. Perkhidmatan ini ditawarkan melalui perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL) (buku) dan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (artikel jurnal, bab buku dan kertas kerja persidangan).


Siapa Yang Boleh Memohon ?

  • Staf Akademik UM | 30 kuota percuma setahun
  • Pelajar Ijazah Tinggi UM (PhD) | 20 kuota percuma setahun
  • Pelajar Ijazah Tinggi UM (Master) | 10 kuota percuma setahun
  • Pelajar Ijazah Dasar (Tahun ahkir) | 6 kuota percuma setahun

**Kuota dipotong berdasarkan setiap permohonan. Sila semak ketersediaan bahan di Pendeta dan Pangkalan Data Dalam Talian A-Z sebelum membuat permintaan. Kuota percuma yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Sebarang permintaan tambahan melebihi kuota percuma adalah tertakluk kepada pembayaran


PEMBAHARUAN

Pinjaman Antara Perpustakaan boleh diperbaharui tempoh pinjaman sekiranya dibenarkan oleh perpustakaan pembekal. Permohonan pembaharuan boleh dibuat melalui e-mel dan perlu dibuat sebelum tarikh tamat tempoh pinjaman. Permohonan lanjutan tempoh pinjaman yang dibuat pada tarikh tamat dan selepas itu tidak akan dibenarkan.


DENDA PEMULANGAN LEWAT / BUKU HILANG

Peminjam / pemohon bertanggungjawab untuk membayar sebarang denda / yuran yang dikenakan oleh perpustakaan pembekal jika memulangkan lewat / menghilangkan buku. Apa-apa permintaan tambahan di atas kuota percuma ini adalah tertakluk kepada bayaran yang dikenakan oleh perpustakaan yang membekalkan bahan. Sekiranya anda telah melebihi kuota seperti diatas dan memerlukan bahan tambahan, kadar bayaran adalah seperti dibawah :

Kadar Bayaran

 
 

ARTIKEL

  • Bayaran Dokumen: RM 20.00 + Kadar bayaran pembekal
 

BUKU

  • Bayaran Peminjaman : RM50.00 + RM10.00 Yuran Proses
  • Pembaharuan Pinjaman : RM10.00
 

ARTIKEL

  • Bayaran Dokumen: Kadar bayaran yang dikenakan oleh pembekal
 

BUKU

  • Bayaran Pos: RM100.00




HUBUNGI

Jane

Mohammed Zaki Abd Rahman

Pustakawan Kanan
No.Tel: +60379676516
Email: illlawpum@um.edu.my

Mike

Aruna J.E Thambidorai

 

Pustakawan Kanan
No.Tel: +60379673357
Email: ill@um.edu.my

John

Mohd Rizar Mosbah

 

Pustakawan Kanan
Tel.No: +60379674961
Email: ill_medical@um.edu.my

Last Update: 21/02/2024