Secara kesimpulannya, dapatan kajian adalah amat menggalakkan. Pengguna didapati secara menyeluruhnya berpuas hati dengan ketersediaan sumber maklumat dalam talian, penyampaian perkhidmatan dalam talian, layanan staf perpustakaan termasuk penyampaian perkhidmatan perpustakaan semasa pandemik.
Keputusan kajian adalah amat menggalakkan, di mana pengguna secara menyeluruh adalah berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan. Peratusan yang memilih “cemerlang” dan “baik” meningkat daripada penilaian tahun 2017. Perhatian perlu diberikan terhadap “Ruang Belajar 24 Jam” kerana menerima penilaian terendah berbanding aspek lain yang dinilai pada tahun ini. Perhatian juga perlu diberikan pada cadangan dan komen daripada pengguna bagi meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan perpustakaan secara keseluruhannya.
Keputusan kajian adalah amat menggalakkan, di mana pengguna secara menyeluruh adalah berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan. Peratusan yang memilih “cemerlang” dan “baik” meningkat daripada penilaian tahun 2016. Perhatian perlu diberikan terhadap liputan bahan rujukan kursus kerana menerima penilaian terendah berbanding aspek lain yang dinilai pada tahun ini.

“Keputusan kajian adalah amat menggalakkan, di mana pengguna secara menyeluruh adalah berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk ditambahbaik supaya peratusan yang memilih “cemerlang” dan “baik” meningkat.
Perhatian juga perlu diberikan atas buku elektronik kerana 102 orang (13.8%) responden telah memilih perkhidmatan tersebut sebagai “TB/TT”. Peratusan yang menjawab “TB/TT” yang agak tinggi atas perkhidmatan yang melibatkan lawatan fizikal ke perpustakaan jelas menunjukkan pengguna cenderung untuk mengakses perkhidmatan perpustakaan menerusi dalam talian.”
Last Update: 21/02/2022