Cari pangkalan data perpustakaan terbaik untuk penyelidikan anda. Tapis mengikut Subjek, Jenis Pangkalan Data (Pilihan) atau semak imbas senarai Pangkalan Data A hingga Z. Pilih pangkalan data yang paling sesuai dengan topik tertentu anda dan klik untuk log masuk ( Log masuk sekali sahaja setiap sesi)
AUNILO ialah usaha berterusan dalam meningkatkan rangkaian maklumat di kalangan universiti ahli melalui perkongsian sumber akademik digital
KNova merupakan repositori digital berpusat yang diuruskan oleh perpustakaan dengan menggabungkan Common Repository, Universiti Malaya Research Repository dan Students’ Repository dalam satu platform. Ia menyediakan akses kepada pelbagai bahan seperti buku, jurnal, majalah, tesis, disertasi, latihan ilmiah serta penerbitan penyelidikan oleh penyelidik dan pelajar Universiti Malaya. KNova bertujuan untuk meningkatkan kebolehcapaian, memperluas keterlihatan sumber akademik, serta memelihara bahan ilmiah dan sejarah yang bernilai dalam bentuk digital.
eJournal@UM dibangunkan oleh PTM, sistem e-Journal adalah sistem pengurusan penerbitan bersepadu yang bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang output akademik Universiti Malaya. Ia berfungsi sebagai platform untuk pensyarah, pengarang, editor dan penyemak untuk bekerjasama dan menerbitkan artikel
Inisiatif oleh perpustakaan untuk memelihara foto berharga University of Malaya dengan konteks sejarah untuk komuniti kampus dan negara pada umumnya. Ia hanya boleh diakses di dalam Kampus Universiti Malaya sahaja.
Buat sementara waktu, platfom ini tidak sesuai dibuka menggunakan pelayar Chrome, Edge & Safari. Pengguna dinasihatkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox.
Last Update: 11/05/2026