• Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Pengenalan


Akademi Islam ditubuhkan pada 1 April 1981 selepas penggabungan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan ke Universiti Malaya. Hasil daripada penstrukturan semula ini ia kemudiannya secara rasmi sebagai Akademi Pengajian Islam mulai pada 15 Januari 1996.


 

Koleksi Perpustakaan Pengajian Islam terdiri daripada buku, jurnal, tesis, dan kertas persidangan. Semua maklumat bahan boleh diakses melalui Pendeta Discovery.

  • Koleksi Umum

Koleksi yang ditempatkan di rak terbuka dan bertujuan untuk menyokong tujuan pengajaran dan pembelajaran.

  • Koleksi Teras Akademik

Menempatkan semua bahan bacaan yang dicadangkan oleh pensyarah dalam senarai bacaan. Boleh dipinjam 7 hari.

  • Koleksi Rujukan

Koleksi terdiri daripada semua bahan rujukan seperti kamus, ensiklopedia, buku panduan, dan lain-lain.

  • Koleksi Tesis

Semua latihan akademik, disertasi dan tesis yang ditulis oleh pelajar Akademi Pengajian Islam boleh didapati di sini. Koleksi ini hanya untuk rujukan sahaja.

  • Koleksi Bacaan Bebas

Koleksi bacaan bebas terdiri daripada bahan bacaan ringan seperti novel, hobi, hal ehwal semasa. Ia bertujuan untuk menggalakkan pelajar membaca selain buku akademik.


 
  • Bilik Karel

Perpustakaan menyediakan 6 unit karel untuk pelajar pascasiswazah, pelajar tahun akhir, staf akademik dan penyelidik. Karel adalah untuk kegunaan harian dan kunci akan dipinjamkan ke akaun pengguna di Kaunter Perkhidmatan.

  • Fotokopi

Mesin fotokopi layan diri yang dikendalikan oleh syarikat swasta disediakan di Perpustakaan. Pengguna perlu mematuhi undang-undang semasa mengenai Hak Cipta di Malaysia.

  • Loker

Loker bag / tempat simpanan barang disediakan berhampiran pintu masuk utama Perpustakaan.

  • Ruang Membaca

Ruang untuk membaca disediakan di setiap aras Perpustakaan. Pengguna dinasihatkan untuk meletakkan buku Perpustakaan di atas troli selepas digunakan dan tidak menyusun semula buku tersebut di atas rak.

  • Akses WiFi

Perpustakaan juga dilengkapi dengan isyarat internet tanpa wayar atau Wi-fi. Pengguna yang membawa komputer riba atau peralatan elektronik boleh disambung ke isyarat ini untuk mengakses Wi-fi. “Login” wi-fi perlu menggunakan akaun rasmi dan kata laluan e-mel berdaftar dengan UM.

  • Komputer

Kemudahan komputer yang dilengkapi dengan sambungan internet juga disediakan untuk pengguna.


 

Zon Bebas



Ruang Santai

Kawasan selesa yang menyerupai persekitaran rumah boleh didapati di Aras 1 Perpustakaan. Pengguna boleh berehat dan bersantai di kawasan ini, atau hanya menggunakannya sebagai sudut kegemaran untuk menikmati novel laris atau membaca akhbar. Kawasan riadah ini selesa dan menarik untuk pengguna melakukan ulangkaji dengan lebih santai.








Ruang Belajar Berkumpulan / Individu




Level 2 Study Area
Moderate Noise Area
Seating Capacity: 300


Level 1 Study Area
Moderate Noise Area
Seating Capacity: 30


Carrel
Quiet Area
No.of room: 6




ICT Support



Level 1 Study Area
Computer facilities are available and equipped
with an internet connection.










Polisi Pinjaman



No.Kategori KeahlianKoleksi Rak TerbukaDenda Lewat Pemulangan Bahan
1.Ijazah Dasar20 bahan / 30 hariRM0.50 / hari
2.Ijazah Tinggi20 bahan / 30 hariRM0.50 / hari
5.Pensyarah ( Sepenuh masa)60 bahan / 60 hariRM0.50 / hari
6.Pegawai UM35 bahan / 60 hariRM0.50 / hari




The Team


No.NamaJawatanEmelNo.TelImej Profil
1.

Rohaizah Jaafar

Pustakawan Kanan, Ketuaizah@um.edu.my+60379676116
2.

Saiful Bahri Ahmad

Pembantu Pustakawanbahri@um.edu.my+60379676130
3.

Md Sawal Nasharil Saari

Pembantu Pustakawan Kananshawal@um.edu.my+60379676130



Alamat

Perpustakaan Pengajian Islam,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya,
50603 Lembah Pantai, Kuala Lumpur
No.Tel: +603-7957-6116


WAKTU PEMBUKAAN

  • Isnin-Jumaat8:00-17:00
  • Sabtu-AhadTutup
  • Sembahyang JumaatTutup
  • Cuti UmumTutup



Last Update: 02/10/2025