Kekal Abadi pertama kali diterbitkan pada bulan Mac 1982 sebagai Jilid 1, Bil 1 dan telah diterbitkan setiap suku tahun hingga Jilid 16 (1997). Bagaimanapun, Jilid 17 (1998) dan Jilid 18 (1999) diterbitkan sebagai jilid isu tunggal. Dari Jilid 19 (2000) dan seterusnya, Kekal Abadi terus diterbitkan dua kali setahun tetapi Jilid 24 (2005) dan Jilid 25 (2006) sekali lagi diterbitkan sebagai jilid isu tunggal. Kami membuat keputusan untuk menyiarkan secara elektronik dan memulakannya dengan Jilid 30, Bil 1 (2012). Dari Jilid 31 (2013), Perpustakaan hanya menerbitkan salinan elektronik Kekal Abadi yang boleh diterima diakses dari pautan laman web ini kepada Common Repository.
Sumbangan artikel yang berkaitan dengan disiplin sains perpustakaan dialu-alukan dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Editorial untuk penerbitan.
Lihat isu semasa : Jil. 38 No.2 Julai - Disember 2020 ISSN 0127-2578