• Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Pengenalan


Pada sekitar pertengahan tahun 1950an, Jabatan Pengajian India ditubuhkan di Universiti Malaya (Singapura) dan suatu koleksi buku-buku Tamil yang merangkumi subjek-subjek yang ditawarkan di Jabatan tersebut telah mula dikumpulkan. Pada tahun 1959, dengan penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur, satu keputusan dasar telah diambil untuk memindahkan buku-buku dari Perpustakaan Universiti di Singapura ke Perpustakaan di Kuala Lumpur. Koleksi buku-buku Tamil merupakan antara koleksi yang terlibat dalam proses pemindahan ini. Sejak perpindahannya, koleksi buku-buku Tamil ini diletakkan di bangunan Perpustakaan Utama Universiti Malaya.
Sejurus dengan pertambahan koleksi, pada tahun 1999, Perpustakaan Pengajian India berpindah ke bangunan Institut Pengajian Siswazah yang kini dikenali sebagai Bangunan Perpustakaan Peringatan Za’ba. Sejak itu, perpustakaan ini diklasifikasikan sebagai perpustakaan khusus dan mula beroperasi dengan melaksanakan urusan perolehan, pemerosesan, pinjaman dan pulangan secara berasingan.

 

PENGENALAN–SEJARAH PENUBUHAN : Pada sekitar pertengahan tahun 1950an, Jabatan Pengajian India ditubuhkan di Universiti Malaya (Singapura) dan suatu koleksi buku-buku Tamil yang merangkumi subjek-subjek yang ditawarkan di Jabatan tersebut telah mula dikumpulkan. Pada tahun 1959, dengan penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur, satu keputusan dasar telah diambil untuk memindahkan buku-buku dari Perpustakaan Universiti di Singapura ke Perpustakaan di Kuala Lumpur. Koleksi buku-buku Tamil merupakan antara koleksi yang terlibat dalam proses pemindahan ini. Sejak perpindahannya, koleksi buku-buku Tamil ini diletakkan di bangunan Perpustakaan Utama Universiti Malaya.

Sejurus dengan pertambahan koleksi, pada tahun 1999, Perpustakaan Pengajian India berpindah ke bangunan Institut Pengajian Siswazah yang kini dikenali sebagai Bangunan Perpustakaan Peringatan Za’ba. Sejak itu, perpustakaan ini diklasifikasikan sebagai perpustakaan khusus dan mula beroperasi dengan melaksanakan urusan perolehan, pemerosesan, pinjaman dan pulangan secara berasingan.

  • Koleksi Umum

Monograf / Buku : Koleksi ini mengandungi bahan berkaitan Pengajian Tamil terutamanya dalam bidang bahasa, sastera klasik & moden, budaya, sains, perubatan moden & traditional, pertanian, kejuruteraan, ekonomi, politik, pendidikan, muzik, sejarah, biografi, seni, antropologi, sosilogi, psikologi dan sastera terjemahan.

Kertas Kerja Persidangan : Koleksi ini mengandungi kertaskerja persidangan yang diperoleh secara hadiah daripada penganjur persidangan, dibeli atau sumbangan daripada staf akademik Universiti Malaya.

  • Koleksi Rujukan

Jurnal & Majalah : Perpustakaan telah melanggan kebanyakan jurnal-jurnal utama dalam pelbagai bidang pengajian dan perpustakaan turut mendapat sumbangan hadiah daripada individu dan persatuan. Isu-isu semasa (21 tajuk) dan kebelakangan (jurnal berjilid) (46 tajuk) disimpan secara berasingan.

Akhbar Tamil : Perpustakaan Pengajian India melanggan 2 jenis akhbar Tamil tempatan Makkal Osai dan Malaysia Nanban. Akhbar-akhbar kebelakangan bermula dari tahun 2008 sehingga terkini disimpan dalam pejabat am untuk tujuan pemeliharaan. Salinan fotokopi dan rujukan kepada bahan ini hanya boleh dibuat setelah mendapat kebenaran daripada pihak perpustakaan.

Kamus & Ensiklopedia : Koleksi ini terdiri daripada Va:l-viyat Kalanjciyam (16 jilid), Tamil Lexicon (28 jilid), Ativiyal Kalanjciyam (10 jilid), Kalaik Kalanjciyam (20 jilid) dan Pe:rakara:thi (8 jilid). Selain koleksi yang berjilid ini, terdapat berpuluh-puluh kamus yang merangkumi pelbagai bidang disimpan untuk rujukan.

Latihan Ilmiah : Koleksi ini mengandungi latihan ilmiah yang diterima daripada Jabatan Pengajian India semenjak tahun 1999 sehingga terkini.

  • Koleksi Tamil Malaysiana

Monograf : Buku-buku koleksi Malaysiana yang diterbitkan di dalam dan di luar negara, terutamanya dalam bidang bahasa Tamil, kesusasteraan Tamil, tradisi dan budaya masyarakat Tamil dan India, kamus dan ensiklopedia Tamil sejak dari yang diterbitkan pada abad awal tahun 1930an.

Kertas Kerja Persidangan : Kertas persidangan yang tidak diterbitkan atau diterbitkan di seminar atau persidangan yang diadakan di Malaysia. Kertas kerja persidangan tersebut yang telah diindeks, boleh dilihat melalui pangkalan data indek i-Malaysiana di Pendeta Discovery (Web Pac). Koleksi Tamil Malaysiana dengan sejumlah 2,800 judul terdiri daripada; (1) Karya-karya mengenai Malaysia dalam Bahasa Tamil yang diterbitkan di luar Negara; (2) Karya-karya Bahasa Tamil oleh pengarang yang berasal dari Malaysia. (3) Karya-karya bahasa Tamil yang diterbitkan di Malaysia.

 
  • Komputer

Kemudahan komputer sejumlah 4 unit yang dilengkapi dengan sambungan internet juga disediakan untuk pengguna. Perisian bahasa Tamil dimuatnaik dalam setiap komputer untuk membantu pengguna.

  • Bilik Perbincangan

Sebuah bilik perbincangan yang boleh menampung lapan orang pengguna boleh digunakan pada bila-bila masa. Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Informasi di Aras Bawah untuk tempahan.

  • Bilik Karel

Perpustakaan menyediakan 7 unit karel untuk pelajar siswazah, pascasiswazah, pelajar tahun akhir, staf akademik dan penyelidik. Karel adalah untuk kegunaan harian dan kunci akan dipinjamkan ke akaun pengguna di Kaunter Perkhidmatan.

  • Fotokopi

Mesin fotokopi layan diri yang dikendalikan oleh syarikat swasta disediakan di Perpustakaan. Pengguna perlu mematuhi undang-undang semasa mengenai Hak Cipta di Malaysia.

  • Akses WiFi

Perpustakaan juga dilengkapi dengan isyarat internet tanpa wayar atau Wi-fi. Pengguna yang membawa komputer riba atau peralatan elektronik boleh disambung ke isyarat ini untuk mengakses Wi-fi. “Login” wi-fi perlu menggunakan akaun rasmi dan kata laluan e-mel berdaftar dengan UM.

  • Ruang Membaca

Ruang untuk membaca disediakan. Pengguna dinasihatkan untuk meletakkan buku Perpustakaan di atas troli selepas digunakan dan tidak menyusun semula buku tersebut di atas rak.

  • Sudut Riadah

Pengguna perpustakaan boleh berehat sambil membaca bacaan santai di sudut ini.

 

Tempahan Bilik


Karel
Bilik Perbincangan

Zon Bebas


Ruang Belajar Berkumpulan / Individu


Sokongan IT


Polisi Pinjaman

No. Kategori Keahlian Koleksi Rak Terbuka Denda Lewat Pemulangan Bahan
1. Ijazah Dasar 5 bahan / 14 hari RM0.50 / hari
2. Ijazah Tinggi 20 bahan / 30 hari RM0.50 / hari
5. Pensyarah ( Sepenuh masa) 50 bahan / 90 hari RM0.50 / hari
6. Pegawai UM 25 items / 90 hari RM0.50 / hari

The Team

No. Nama Jawatan Emel No.Tel Imej Profil
1.

Vijayalatchumy Maruthaveeran

Pustakawan  viijay@um.edu.my +60379673817
2,

Sauriayer Selvaraj

Pembantu Pustakawan sauriayer@um.edu.my +6037967
3.

Gangga Devi Veeraselvam

Pembantu Pustakawan gangga@um.edu.my +6037967


Alamat

Perpustakaan Pengajian India,
Tingkat 5, Perpustakaan Peringatan Za’ba, Universiti Malaya,
50603 Lembah Pantai, Kuala Lumpur
No.Tel: +603-7967 5259

WAKTU PEMBUKAAN

  • Isnin-Jumaat8:00-17:00
  • Sabtu-AhadTutup
  • Sembahyang JumaatTutup
  • Cuti UmumTutup

Last Update: 20/11/2023