Pengguna perlu memastikan bilik karel dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan bersih dan kemas seperti berikut :
Memastikan suis lampu ditutup dan pintu dikunci sebelum keluar dari bilik karel.
Memastikan persekitaran yang senyap supaya tidak mengganggu pengguna lain.
Bilik karel adalah untuk kegunaan individu sahaja.
Kunci bilik karel perlu dipulangkan di pejabat atau kaunter perkkhidmatan selepas tamat tempoh penggunaan.
Kehilangan kunci bilik karel harus dilaporkan segera. Pengguna akan dikenakan penalti sebanyak RM20.00 sekiranya menghilangkan kunci bilik karel
Pengguna yang gagal memulangkan kunci pada pada yang ditetapkan tidak akan diberi kemudahan menggunakan bilik karel pada masa akan datang.
Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan harta benda peribadi yang disimpan di dalam bilik karel.
Pustakawan berhak membuat pemeriksaan mengejut terhadap bilik karel dari masa ke semasa.
Sila pastikan peralatan dan perabut berada dalam kedudukan asal.
SEKIRANYA DIDAPATI TERDAPAT PELANGGARAN TERHADAP PERATURAN INI, PERPUSTAKAAN BERHAK MENARIK SEMULA KEMUDAHAN PENGGUNAAN BILIK KAREL
Last Update: 04/01/2022