• Welcome to Perpustakaan Universiti Malaya
  • query_perpustakaan@um.edu.my
  • +60379567800
logo
logo

Pelajar dan Warga Staf yang dihormati,

📌 Makluman Penting Tempoh Pengambilan Bahan Tempahan (Hold)
Susulan peningkatan jumlah permohonan tempahan buku dan bagi memastikan akses yang adil serta tepat pada masanya kepada semua pengguna, dimaklumkan bahawa berkuat kuasa serta-merta, tempoh pengambilan bahan tempahan telah dipendekkan daripada 7 hari kepada 3 hari.

Bahan yang ditempah akan disimpan di perpustakaan selama 3 hari bermula dari tarikh notifikasi. Sekiranya bahan tersebut tidak diambil dalam tempoh berkenaan, tempahan akan dibatalkan secara automatik dan bahan akan dipulangkan ke rak untuk membolehkan pengguna lain mengaksesnya.

Penambahbaikan ini bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta memastikan bahan perpustakaan dapat dikongsi secara lebih saksama dalam kalangan komuniti Universiti Malaya.


place hold notice.png


Sila rujuk panduan DI SINI untuk arahan langkah demi langkah mengenai cara membuat tempahan (hold).

Terima kasih atas kerjasama anda.

--

Highlights